Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Nubhan AF Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan yang kini sudah bergelar bapa. Isterinya, Afifah Hidayah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada jam 9.45 malam 10 Mei 2017 di KPJ Seremban Specialist Hospital.

Advertisement

Berita gembira itu diumumkan oleh Nubhan sendiri menerusi akaun Instagramnya. Pasangan ini telah memilih nama Aafiya Kamilia buat cahaya mata sulung mereka.

Alhamdulillah kami sudah menjadi ibu dan ayah. Harapnya anak kami ini akan membawa bahagia dalam setiap langkah yang diatur. Indahnya rasa saat ini. Biar pernah diuji dengan keguguran awal tahun lalu, akhirnya rezeki kami tiba dengan kehadiran Aafiya. Doakan bayi kami sihat dan membesar dengan baik.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, keluarga Nubhan akan dilimpahi dengan rezeki dan kebahagiaan yang lebih lagi. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top