October 14th, 2020

Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro, Noryn Aziz kini disahkan selamat berkahwin dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman yang juga seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara semalam.

Majlis berkenaan difahamkan berlangsung dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu,  pasangan beliau dan suami dikatakan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Menurut laporan Astro Awani, mereka pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Namun begitu, segalanya terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.

Untuk rekod, Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan. Malah Noryn juga sebelum ini pernah melangsung perkahwinan dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2018.

Hasil pernikahan itu juga, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah.

Sumber: Astro Awani


4 responses to “(TAHNIAH) Noryn Aziz Selamat Bernikah Dengan Usahawan Beberapa Jam Sebelum PKPB Dilaksanakan”

  1. Hany Reena says:

    Yes yg ke 3. Pkahwinan pertama dgn nama BoB. Gemuk2 orgnya waktu dia popular lagu Fantasi o Realiti. Depa pernah buka kedai binatang. Amik fakta dgn tepat nextime k

  2. Mamalove says:

    Ya saya setuju dgn miss anon…dah yg ke3..yg first org beysa2 jer masih ingat ex dia gemok2 orgnya

  3. tecit says:

    cantik gilossss mekappp iloikeeeeee

  4. anon says:

    bukan 3rd marriage ke? sebelum kawen dgn raja kamarul dia dh penah kawen la. get ur fact right writer.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...