November 19th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Noryn Aziz yang dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 5. Persembahan Noryn pada malam ini mendapat pujian terutama sekali ketika menyanyikan lagu rap Where Is The Love ketika ‘battle round’ bersama Dia Fadila.

Nory telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi.

Naib juara pula dimiliki oleh Dia Fadila  dimana beliau juga dapat membawa pulang wang tunai RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Manakala peserta yang paling banyak peminat dan sebelum ini dijangka bakal menjuarai GV5 iaitu Zamani berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Amelina, Maya dan kumpulan duo Billy Zulkarnain masing-masing di tempat keempat, kelima dan keenam.

Kesemua persembahan dinilai oleh juri profesional tanpa sebarang undian daripada penonton. Tidak dinafikan konsert final GV5 kali ini agak mantap. Cuma, keputusan malam ini memang tidak dijangka dan agak mengejutkan. Bagaimanapun, kami yakin setiap peserta sudah memberikan yang terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Astro Gempak


70 responses to “(TAHNIAH) Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza 5, Bawa Pulang RM 100,000”

  1. Anonymous says:

    MANTAP ….seriously????

  2. Anonymous says:

    Tone suara Noryn besar persis Tony Braxton n Anggun. Tapi bila buat rap kedengaran mcm suara Macy Gray yg rap. Apepon mmg superb voice.

  3. Donna says:

    Sebenarnya pemilihan lagu langsung tak sesuai dgn aqidah Islam. Tak taulah kalau sampai kategori syirik atau tidak, ini kena cek dgn ustaz.

    Lagu battle Noryn dgn Dia tu, Where is the love ada lirik “father, father father help us” tau tak “father” tu merujuk kpd siapa dlm Kristianiti?

    Semua main hentam janji sedap nyanyi tak kira aqidah.

  4. 456 says:

    hurmmm si zamani tu..dpt duit tu pegi mendadah lerrrr

    • Anonymous says:

      456 berani kau ckp gini nnti ramai2 kau kena sumpah…peminat zamani marah…mintak2 zamani dh insaf…

Loading...