(TAHNIAH)Noorkhiriah Kini Sudah Mula Bertudung

Hiburan

(TAHNIAH)Noorkhiriah Kini Sudah Mula Bertudung

gambar noorkhiriah bertudung

Alhamdullilah. Syukur Abang Nara mendengar berita gembira yang Noorkhiriah sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung. Walaupun belum sempurna 100%, tapi ini satu permulaan yang sangat bagus. Semoga Noorkhiriah dapat tabahkan hati dan terus berusaha untuk memakai tudung dengan cara yang sebenar. Kata Noorkhiriah:-

Advertisement

Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini.

Abang Nara taknak cakap banyak sebab Abang Nara pun tak berapa pandai bab agama nie. Tapi Abang Nara kagumi usaha Noorkhiriah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Lebih molek apabila gesaan bertudung ini datangnya daripada suami Noorkhiriah sendiri. Tabik spring kepada si suami yang peka dengan status Noorkhiriah sebagai seorang isteri.

Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik. Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit

gambar noorkhiriah bertudung

Sama-sama kita doakan Noorkhiriah akan terus kekal dan bertambah baik cara pemakaian tudungnya selepas ini. Sumber berita Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...