(TAHNIAH)Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Hafez

Hiburan

(TAHNIAH)Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Hafez

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon jelita Nelydia Senrose yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Hafez Halimi Abdul Hamidd dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Mereka berdua turut ditunangkan sebelum pernikahan berlangsung sebagai memenuhi syarat.

nelydia senrose mohd hafez

Advertisement

Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Kata Nelydia selepas diijabkabulkan:-

Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.

Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu. Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan

nelydia senrose mohd hafez

Hari ini, Nelydia Senrose dan Mohd Hafez akan diraikan di sebuah majlis resepsi bertempat di hotel yang sama. Pada Aidilfitri kelak, sebuah lagi majlis resepsi berkemungkinan akan diadakan di Kelantan. Apa pun, tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...