(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya

Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa atas keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Abang Nara suka dengan langkah menutup aurat yang diambil oleh artis-artis muda semenjak dua ini. Pastinya ia memberi impak positif kepada peminat-peminat mereka. Berita gembira ini telah pun disampaikan oleh adik Neelofa yang bernama Ameera menerusi akaun Instagramnya.

neelofa tudung sepenuhnya

Advertisement

Neelofa masih gagal dihubungi oleh media untuk mengesahkan berita gembira ini. Namun daripada tulisan adiknya, Neelofa mengambil keputusan untuk bertudung kerana merasakan ketenangan dan keamanan dalam dirinya apabila menutup aurat. Tulis Ameera:-

The beautiful month of ramadan has a lot in it. Especially if you allow yourself to be closer to Allah by doing more and more Ibadah everyday.

For kak love though, ramadan this year has made her realize that covering her hair with hijab has brought peace and calmness to her, that she’s decided to wear it forever starting this month.

You are so beautiful no matter what. And yes, you are prettier this way. I love so much kak love. I’m sharing my joy for the decision you’ve made. Can’t be more happier for you. I love you kakak.

Pengurus Neelofa, Shawn Amer turut sama mengesahkan penghijrahan Neelofa. Kata Shawn menerusi Mstar Online.:-

Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa). Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya.

Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya.

neelofa tudung sepenuhnya

Tahniah Neelofa atas penghijrahan ini. Semoga akan ramai terutamanya di kalangan peminat yang akan engikuti jejak langkah anda. Semoga terus istiqamah dalam menutup aurat lebih-lebih lagi dalam bulan baik ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...