Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Nazim Othman Sahkan Bakal Bernikah Dengan Bella Dally Pada 10 September Ini

Setelah lama bermain teka-teki mengenai tarikh perkahwinannya, Nazim Othman menerusi akaun Instagramnya semalam mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan Bella Dally pada 10 September ini di Kota Kinabalu dan majlis resepsi di pihak Nazim pula akan diadakan pada 17 September di Johor Bahru.

Advertisement

Jelas Nazim, sebelum ini beliau enggan mendedahkan tarikh pernikahan beliau kerana ada beberapa proses persiapan perkahwinan belum selesai.

Saya dengan berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan tarikh pernikahan saya bersama @belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016 diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu.

Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru. Maafkan saya tidak memberi pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak.

Tahniah kami ucapkan kepada Nazim Othman dan Bella Dally kerana bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan kami mendoakan pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Instagram Nazim Othman

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top