(TAHNIAH) Natasha Hudson Selamat Bernikah Dengan Usahawan Kacak Dari Kelantan

Hiburan

(TAHNIAH) Natasha Hudson Selamat Bernikah Dengan Usahawan Kacak Dari Kelantan

Nampaknya spekulasi yang mula didedahkan oleh pelakon Zarina Anjoulie nyata benar apabila Natasha Hudson sah bergelar isteri  kepada seorang usahawan daripada Kelantan, Nashriq Sekarnor hanya dengan sekali lafaz tepat jam 8.30 malam pada hari Jumaat lalu.

Advertisement

Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana sahaja di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.

Adik Natasha, pelakon Tania Hudson turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis tersebut di Insta Stories beliau dengan ucapan tahniah buat kakaknya.

Ini adalah perkahwinan kali keempat buat Natasha. Terdahulu, beliau mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza sekitar bulan September lalu. Baru-baru ini,  Natasha memberitahu beliau sudah memulakan hidup baharu di Kota Bharu, Kelantan.

Ada makna rupanya pindah tempat baharu.  Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Natasha dan semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...