April 8th, 2012

Seiring dengan perkhabaran gembira pernikahan Natasha Hudson dan Khalid Kamal pada 15 April ini, kini ada satu lagi berita gembira untuk peminat Natasha Hudson. Natasha Hudson kini sudah pun mengambil keputusan untuk bertudung. Keputusan ini telah pun dibuat semasa Natasha Hudson mengerjakan umrah baru-baru ini.

gambar natasha hudson bertudung

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dengan keputusan untuk memakai tudung ini. Berkata kepada wartawan portal GUA, keputusan ini diambil tanpa desakan daripada sesiapa. Keputusan ini diambil kerana pintu hatinya telah terbuka. Kata Natasha:-

Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.

gambar natasha hudson bertudung

Abang Nara ingin mengucapkan tahniah kepada Natasha Hudson menerusi Twitter, namun Abang Nara dapati akaun Twitter Natasha Hudson tidak lagi aktif. Apa pun jutaan tahniah atas pernikahan yang bakal berlangsung dan atas hijrah ini.


92 responses to “(TAHNIAH)Natasha Hudson Kini Sudah Bertudung”

  1. Org says:

    Alhamdulillah..tp yg heran ada sorg artis fofular tu..dato’…dh mengerhakan haji beberapa kali..umrah tak yah ckp lh…tp kenapa lh pintu hati dia tu ‘ketat’ sgt tak nak pakai tdung?..

  2. djzara says:

    Bangga & gembira dgn penghijrahan Tasha. Sy ex-jiran, rakan sepermainan & bersekolah dgn dia di Subang Jaya. Pasni harap2 adik dia, Tania Hudson ikut jejak langkah dia. You go girl!!!

    • honey says:

      Alhamdullilah….sebagai ingatan utk kita semua….Org yg tutup aurat x semestinya masuk syurga, TAPI org yg x tutup aurat, confirm masuk neraka…….serupa lah dengan solat…org yg solat x semestinya masuk syurga…TAPI yg x solat confirm masuk neraka……..na’uzubillah…semoga Allah tetapkan iman kita semua….

  3. Alhamdulillah… hidayah itu milik Allah, moga kekal…

  4. Anonymous says:

    alhamdulillah ana raffali da natasha hudson dah rasaya dah ramai kot yg nak berubah puan lisa surihani bila pulak . eh??

Loading...