Berita gembira akhirnya menjelma buat pasangan pengantin Natasha Hudson dan Carleed Khaza apabila Natasha disahkan sudah hamil sebulan. Mereka berdua telah pun sah menjadi suami isteri sekitar bulan April 2012. Pasti mereka berdua sedang berada dalam fasa keterujaan sekarang ini.
Menerusi akaun twitter Natasha_Carleed, Natasha Hudson memberitahu yang dirinya sudah mula mengidam dan mengalami loya. Ini perkara biasa untuk wanita hamil terutamanya di trimester pertama. Semoga Natasha menjaga kesihatan tubuh badan dan tidak membuat kerja berat.
Tahniah kepada Carleed dan Natasha atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kredit info kepada RotiKaya.
ayu rodah
September 6, 2012 at 1:24 pm
sy masih belom …
nak komen
September 6, 2012 at 4:12 pm
kelakar la ko ni..kekekek