Penyanyi popular, Nassier Wahab semalam telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Bersyukur atas kurniaan yang diterima, Datuk Nassier bagaimanapun masih bersikap rendah diri dan tidak kisah jika ada yang tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut dan hanya ingin dikenali sebagai Nassier sama seperti sebelum ini.
Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini. Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini. Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah.
Tahniah kami ucapkan kepada Nassier Wahab atas gelaran Datuk yang diterima. Kami juga puji sikap rendah diri ataupun low profile Nassier. Semoga rezeki beliau dalam bidang seni juga turut bertambah.