Penyanyi Najwa Mahiaddin yang telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hati Idris Koh Keng Hui pada 8 Disember tahun lalu, bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tanggal 26 Mac ini.
Najwa yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan majlis perkahwinan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.
Idris merupakana salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Najwa Mahiaddin dan Idris Koh Keng Hui atas rumah tangga yang bakal dibina. Semoga kekal bahagia sehingga anak cucu. Inshaallah