December 8th, 2015

Setelah sekian lama berteka-teki tentang majlis perkahwinan yang dikhabarkan akan berlangsung tahun ini, akhirnya pelakon popular Nad Zainal telah pun membuat pengumuman rasmi tentang berita gembira tersebut. Menerusi akaun Instagramnya @nadzainal, Nad memaklumkan yang majlis perkahwinannya akan berlangsung pada pertengahan Disember ini di Bukit Jelutong. Daripada informasi yang Abang Nara terima, tarikh pernikahan mereka ialah pada 18 Disember kelak.

gambar kahwin nad zainal

Menariknya, Nad Zainal rupa-rupanya telah pun bertunang dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya ini. Jejaka bertuah ini bernama Muhammad Faliq Amirudin. Tulis Nad:-

Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar?dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang. Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih sekali lagi

gambar kahwin nad zainal

Tahniah diucapkan buat Nad Zainal dan Faliq. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh keramat itu. Semoga segala urusan dipermudahkan. Selamat melayari kehidupan berumah tangga. Good luck and all the best.


Comments are closed.

Loading...