October 17th, 2016

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon Nad Zainal dan suami, Muhamad Faliq atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 14 Oktober lepas.

Nad melahirkan seorang bayi lelaki yang di beri nama Fahad Ibrahim secara pembedahan kerana terdapat sedikit komplikasi kira-kira jam 11.38 malam. Walaubagaimanapun, segala proses bersalin berjalan dengan lancar. Bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

Nad tidak dapat bersalin secara normal kerana mengalami sedikit komplikasi dan doktor menasihatkannya supaya menjalani pembedahan. Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi sihat.

Isteri saya begitu tenang sebelum menjalani pembedahan dan kini sedang berehat. Nad juga begitu kuat, malah sempat bergurau senda dengan doktor yang menyambut kelahiran bayi kami.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto Nad dan suami bersama anak mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...