(TAHNIAH) Nabila Razali Raih Dua Kali Anugerah Platinum Menerusi Lagu Peluang Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Nabila Razali Raih Dua Kali Anugerah Platinum Menerusi Lagu Peluang Kedua

Penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali dilaporkan telah berjaya menggondol 2 kali Anugerah Platinum menerusi lagu nyanyiannya yang berjudul Peluang Kedua.

nabila razali
2 years ago

"Satu Lagi Kejayaan.."- Dah Dapat Kunci, Peminat Puji Rumah Baru Nabila Razali

Advertisement

Berikutan itu, Nabila telah meraih hasil pendapatan melebihi RM400,000 di semua platform penstriman dan juga saluran YouTube.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Muhd Razali meluahkan rasa syukur di atas pencapaian tersebut dan menganggap ia merupakan hasil selepas bekerja keras untuk lagu tersebut.

Alhamdulillah, ini pencapaian terbaik saya sehingga sekarang. Segala penat lelah bersama pasukan pengurusan nyata sangat berbaloi dengan penjualan lagu ini.

Saya juga tak sangka Peluang Kedua mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. Saya harap peminat akan terus menyokong lagu baharu saya pula yang bakal keluar tidak lama lagi.

Sekadar info, syarat untuk meraih Anugerah Platinum adalah sesebuah lagu haruslah mencapai keuntungan sebanyak RM200,000.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini bakal melancarkan lagu baharu tidak lama sahaja lagi.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Nabila berharap lagu baharu tersebut akan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pendengar muzik tempatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...