November 30th, 2015

Selepas beberapa tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal, Nabila Huda akhirnya mengakui bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya yang merupakan pengurus kepada restoran Kulcats sekitar bulan Disember ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Nabila yang mesra disapa sebagai Abil enggan mendedahkan tarikh sebenar kerana banyak lagi urusan mengenai majlis perkahwinannya  belum selesai.

Abil juga berkata beliau tidak akan berkahwin secara senyap dan akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis raja sehari beliau.

Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai.

Tunggulah sehingga kad diedarkan. Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi  Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger pada 6 Disember 2008 sebelum bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Abil, semoga perkahwinan anda kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Kosmo!


Comments are closed.

Loading...