(TAHNIAH)Nabil Ahmad Terima Kehadiran Puteri Kedua, Layla Damita

Hiburan

(TAHNIAH)Nabil Ahmad Terima Kehadiran Puteri Kedua, Layla Damita

Tahniah diucapkan kepada Nabil Ahmad dan isterinya, Zira kerana telah menerima kehadiran puteri kedua dalam hidup mereka. Anak kedua yang diberi nama Layla Damita ini telah selamat dilahirkan pada 18 Mac jam 1.03 petang dengan berat 3.2kg. Anak pertama Nabil iaitu Nayra Mikaila telah pun berusia 2 tahun.

nabil ahmad

Advertisement

Comel kan Layla Damita ini? Menerusi info terkini, Nabil memaklumkan yang nama Layla Damita ini bukanlah nama rasmi anaknya. Nabil masih memikirkan lagi nama yang sesuai untuk diberikan. Nama ini telah diumumkan oleh pengurus Nabil namun sama ada nama ini akan digunakan hanya akan diketahui apabila Nabil membuat pendaftaran sijil lahir anaknya kelak.

nabil ahmad

Apa pun tahniah diucapkan kepada Nabil Ahmad dan Zira. Kepada Naira Mikaila, semoga menjadi kakak yang baik. Semoga keluarga ini akan terus dilimpahi rahmat dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...