Tahniah kami ucapkan kepada Nabil Ahmad yang telah dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Asian Academy Creative Awards (AAA) yang berlangsung di Cannes, Perancis.
Melalui pelbagai cabaran bergelar anak seni dan beberapa kali gaya pengacaraannya dikecam, nyata segala usaha dan penat lelah Nabil berbaloi juga akhirnya.
Nabil menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dan mengakui ia adalah pencapaian tertinggi yang beliau terima sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan.
Ramai juga rakan artis mengucapkan tahniah kepada beliau termasuklah pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi yang turut merasa kagum dengan kejayaan Nabil. Semoga dengan anugerah ini, beliau akan terus memberikan yang terbaik.