Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram MeleTOP. Zira selamat bersalin seorang bayi perempuan kira-kira jam 1 tengah hari semalam di sebuah pusat perubatan di Damansara.
Nampaknya, Nabil sudah ada tiga anak dara. Semuanya comel. Bagaimanapun, pasangan tersebut masih belum mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada anak mereka yang baru lahir itu.
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Tentunya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi rumahtangga Nabil Ahmad dan isteri. Semoga si comel pipi merah ini akan membesar dengan sihat dan sejahtera. Tahniah sekali lagi.

Syg ku
April 27, 2019 at 11:54 pm
Byk anak perempuan sng tolong mak kat dapur nanti.
Nabil dah kaya, rezki tak semua sekali Kita dpt. Jadi bersyukurlah seadanya.
Anonymous
April 26, 2019 at 5:16 pm
comelnya anak dia. congrats nabil and family
Anonymous
April 25, 2019 at 1:50 pm
Apa kebenda la ko mangkuk kata dia goyah sikit. terima anak lagi pintu rezeki terbuka . manyak mangang la ko puiiii
Anonymous
April 25, 2019 at 3:22 pm
itu hari dlm talibesen, nabil ckp pendapatan agak goyah sikit skrg..jdi dia ada buat job – job lain juga.Jobs “s” tu kn byk.