Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Mon Ryanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulungnya

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan suami kerana telah pun menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 12 Julai lalu. Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram secara normal di  Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam kira-kira jam 7.17 pagi. Untuk makluman, Mon Ryanti dan suami, Mohd Hasrul Ali telah pun disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 September tahun lalu.

mon ryanti

Advertisement

Pastinya Mon Ryanti dan suami teruja dengan kehadiran anak sulung mereka ini. Selamat berjaga malam Abang Nara ucapkan. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua. Banyak cabaran membesarkan anak terutamanya dalam keadaan sekarang. Nasihat Abang Nara, banyakkan bersabar dan masing-masing kenalah ringan tulang bantu membantu sesama sendiri. Tahniah Mon dan suami!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama