(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya

Alhamdulillah. Pasti suami Mon Ryanti iaitu Mohd Hasrul Hadi paling gembira dengan keputusan yang diambil oleh isterinya ini. Pelakon jelita yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak 1 Muharram yang lepas. Memang makin jelita, berseri dan menawan apabila Mon Ryanti bertudung. Pasti si suami bertambah sayang.

mon ryanti

Advertisement

Berkata menerusi portal GUA, Mon Ryanti memaklumkan yang dia sudah memasang niat untuk berhijab sebelum berkahwin lagi. Malah keputusannya ini diambil bukan kerana mengikut ‘trend’ semasa. Kata Mon Ryanti:-

Rasa untuk berubah sudah ada lama dalam hati saya, sebelum berkahwin lagi, namun saya tangguhkan dahulu hasrat itu. Tapi pada Awal Muharram lalu, saya menetapkan hati dan terus memakai hijab.

Saya tak mengalami apa-apa mimpi dan saya tidak mengikut mana-mana trend, semuanya datang dalam diri saya sendiri.

Peminat-peminat memberi maklumbalas positif dengan imej baru saya. Saya masih dalam peringkat pembelajaran dan mahu berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan, insyaAllah

mon ryanti

Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti atas penghijrahan ini. Semoga semakin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...