Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

Baru mendirikan rumah tangga pada 15 September lalu, Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Mon Ryanti telah disahkan hamil 2 minggu oleh doktor pada akhir November yang lalu. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat mengandung awal.

mon ryanti hamil

Advertisement

Di awal-awal kehamilan ini terutamanya pada trimester pertama diharap Mon Ryanti tidak terlalu banyak membuat kerja berat. Banyakkan berehat. Mon Ryanti juga memaklumkan yang dirinya mengalami ‘morning sickness’ sepanjang hari. Fuh. Dugaan tue. Kata Mon menerusi portal Murai:-

Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini

mon ryanti

Sememangnya sikap memahami seorang suami amat penting di kala ini. Kena bagi kata-kata semangat. Kena sentiasa rajin tolong buat kerja rumah. Muntah-muntah memang memenatkan. Rasa nak terbaring je. Semoga segalanya berjalan lancar buat Mon Ryanti. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Harga diesel tinggi kerana subsidi masa lalu

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top