September 23rd, 2019

Menepati ramalan ramai, pelakon cantik manis Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke 32 yang berlangsung malam tadi. Mira meraih lebih 6.3 juta undian untuk kategori tersebut.

mira filzah

Sebelum itu, Mira turut mengungguli beberapa kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular menerusi Pujaan Hati Kanda.

mira filzah bintang paling popular abpbh32

Menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, Mira telah berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta jenis Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai kira-kira RM160,000 beserta trofi.

mira filzah bintang paling popular

ABPBH 32 berlangsung dengan meriah sekali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

Berikut kami sertakan juga senarai  penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 32

Bintang Paling Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Janna Nick

Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya

Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli

Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia & Berita Harian


18 responses to “(TAHNIAH) Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 32”

  1. Anonymous says:

    Knp aku tgk abpbh ni mcm lebih kurang meletop nye award je, ntah apa2 je calon yg projek skali dua pon boleh menang, mmg laa rezeki peminat undi, tapi abpbh pon listkan ah calon2 top 5 yg betul2 berkelayakan, boring je tgk, aku tgk mula2 je dah kelaut, last2 aku tgk part aishah nyanyi n mira menang last tu je bosan giler

Loading...