May 12th, 2015

Penyanyi utama kumpulan R&B serta Hip Hop, One Natio Emcee iaitu ShamimI Amalia ataupun lebih dikenali sebagai Mimi bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang pensyarah Unitar pada penghujung bulan Mei ini.

Jejaka yang bernama Firdaus itu merupakan kawan baik Mimi dan mereka sudah saling mengenali sewaktu Mimi berusia 14 tahun lagi.

Alhamdulilah dengan pernikahan ini, istimewa Fir di mata saya ialah dia seorang yang tegas dan amat mengenali diri saya secara luar dan dalam.

Fir antara penasihat yang boleh saya dengar dan turuti berbanding dengan rakan lelaki saya yang lain, dimata saya Fir seorang yang kacak.

Pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak tanpa pihak media.

Majlis resepsi Mimi dan Firdaus pula akan berlangsung pada tanggal 7 November depan di Dewan Sivik MBPJ.

Tahniah kami ucapkan kepada Mimi dan Firdaus. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan kami rasa anda berdua sudah tentu cukup kenal di antara satu sama lain bukan? Pupuklah rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan selalu bersikap tolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

Sumber Berita: Murai

 


Comments are closed.

Loading...