(TAHNIAH)Mila Jirin Sah Bergelar Isteri Kepada Isz Mustapha

Hiburan

(TAHNIAH)Mila Jirin Sah Bergelar Isteri Kepada Isz Mustapha

Dengan sekali lafaz, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Mila Jirin atau nama penuhnya Noorsyarmilla Jirin, 28, sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Isz Mustapha, 36, di Ballroom III, ECity Hotel, di sini jam 6.20 petang tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Masjid Jamek Batu 12, Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan berwalikan bapa Mila, Jirin Burhan.
gambar nikah mila jirin

Cantik tarikh yang dipilih oleh Mila dan suaminya iaitu 11.11.15 untuk menoktahkan percintaan mereka dengan perkahwinan. Mila telah menerima wang hantaran sebanyak RM23,128.70 dan mas kahwin bernilai RM1,001. Selain itu pengantin lelaki telah menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Advertisement

gambar nikah mila jirinPasangan ini akan diraikan kira-kira 2,500 jemputan dalam majlis persandingan berkonsepkan tradisional di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 20 Disember. Seterusnya, sebuah majlis keraian akan diadakan di ECity Hotel, Subang Jaya pada 23 Januari depan. Tahniah diucapkan kepada Mila dan suami atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...