Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad yang selamat melahirkan bayu lelaki pada jam 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Berita gembira itu di umumkan oleh suaminya sendiri iaitu penjaga gol pasukan bolasepaj JDT, Izham Tarmizi Roslan menerusi akaun Instagramnya. Beliau menluakan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan indah itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isterinya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu lebih-lebih lagi cahaya mata sulung mereka dilahirkan pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.
Mia dan Izham sah bergelar suami isteri pada 13 Januari 2017. Mia mengumumkan beliau hamil pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu.