(TAHNIAH) Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon jelita Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya petang semalam apabila berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya Mohd Izham Tarmizi menerusi sebuah posting di Instagram Story miliknya.

mia ahmad selamat bersalin anak kedua

Advertisement

Menurut pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu, isterinya selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 5.20 petang semalam.

mia ahmad selamat bersalin anak kedua

“Salam, Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi. Terima kasih atas doa kalian semua.”

Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak mereka. Dalam pada itu, Mia juga dilihat memuat naik status berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kedatangan cahaya mata keduanya.

mia ahmad selamat bersalin anak kedua

Terdahulu, selepas netizen mula membuat spekulasi dirinya hamil anak kedua adalah apabila Mia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain , malah perkara itu turut diakui Mia.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 28 September 2018 bernama Sayf Issa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...