Impian pelakon Mia Ahmad dan suaminya Izham Tarmizi Roslan untuk bergelar ibu dan bapa bakal termakbul tidak lama lagi selepas Mia mengesahkan dirinya sedang hamil.
Berita gembira itu diumumkan oleh Mia sendiri menerusi akaun Instagramnya. Mia pada masa yang sama memohon maaf kepada beberapa pihak kerana tidak dapat menerima sebarang tawaran kerja buat masa ini untuk menjaga kandungannya itu.
Terdahulu, Mia pernah hamil tetapi mengalami keguguran ketika bercuti di London bersama suaminya hujung tahun lalu. Mia bagaimanapun tidak berkongsi punca keguguran tersebut.
Ruangan komen di Instagram Mia dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa agar Mia dan bayi didalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.
Tahniah kami ucapkan kepada Mia dan suami. Harapnya kehamilan kali kedua ini akan dipermudahkan. Jaga diri selalu dan jangan buat kerja yang berat-berat.
Alia
March 14, 2018 at 3:04 pm
Dia ni senjak berlaki…tergedik lebih sgt ….tak.minat dgn lakunan dia
Anonymous
March 14, 2018 at 12:06 pm
Alhamdulillah… tahniah
anak melayu
March 14, 2018 at 11:27 am
kan molek klu tulis bahasa melayu kebanggaan kita..
mia tulis english mcm tak brapa sampai feel dia tu..huhu
Anonymous
March 14, 2018 at 9:52 am
Jgn buat lagi acara bilik tidur nanti org sumpah2 terkena anak…
fatimah busung
March 14, 2018 at 9:20 am
bekas stewardess air asia sajorhh kannn. bukan singapore airlines. maka inggerishhh nya harus ke lautan hindi