(TAHNIAH) Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Nikah 13 Januari

Hiburan

(TAHNIAH) Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Nikah 13 Januari

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad yang bakal menamatkan zaman solonya bersama penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017. Menurut Mia, mereka merencana untuk menikah lebih awal tetapi terpaksa dianjakkan sedikit kerana komitmen kerja.

Advertisement

Mia juga sempat berkongsi detik perkenalan mereka sebelum ini.

Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan apabila Izham terikat dengan komitmen kerja.  Alhamdulillah, perancangan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu sudah hampir 80 peratus sempurna.

Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di Johor Bahru (JB). Kami diperkenalkan menerusi kawan. Pada mulanya, saya langsung tidak tahu Izham adalah bintang bola sepak kerana saya tidak mengikuti perkembangan sukan itu.  Selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter.

Dalam pada itu, Izham yang hadir pada sidang media pengumuman tarikh pernikahan mereka pada hari Jumaat lepas memberitahu bukan mudah untuk beliau memikat hati Mia.

Sejak awal, saya tahu Mia adalah pelakon kerana pernah menonton drama Hati Perempuan. Saya meminati personaliti dan gaya pemakaiannya, namun tidak sangka dapat bersua depan mata ketika Mia menjalani penggambaran di JB.

Selepas mengenalinya dan hubungan kami semakin akrab, saya dapati Mia begitu memahami selain manja. Saya selesa mendampinginya. Selepas berumahtangga, saya tidak akan menghalang minat Mia untuk meneruskan kerjaya lakonan.

Mia dan Izham akan melangsungkan pernikahan di  Villa Sentosa, Taiping, Perak. Majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Golf Taiping.

Pasangan itu juga akan diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada akhir Januari ini, diikuti acara bertandang sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram mia_ahmadofficial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...