Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Mohamed Darwisz Hakim Nama Diberi

Tarikh 1 Februari menjadi satu kenangan yang terindah buat Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim. Kira-kira jam 9.55 malam di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, Memey telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

anak memey suhaiza

Advertisement

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Kata Memey:-

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Semoga Mohamed Darwisz Hakim membesar dengan sihat, sempurna dan menjadi anak yang soleh. Tahniah sekali lagi kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim atas kurniaan cahaya mata anda. Info Facebook Media Hiburan

P.S: Kekayaan 5 pemain bola sepak terkenal

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top