Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Memey Suhaiza Hamil 6 Minggu

Akhirnya berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh Memey Suhaiza dan Norman kini sudah pun tiba. Memey akan bergelar seorang ibu dan kini sedang hamil selama 6 minggu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Pastinya mereka berdua sangat teruja sekarang.

memey suhaiza mengandung 6 minggu

Advertisement

Menerusi Media Hiburan, Memey memberitahu yang dia mengetahui tentang kehamilannya selepas menjalani ujian kit kehamilan di rumah. Kata Memey:-

Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis. Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak.

Abang Nara nasihatkan agar Memey kurangkan kerja dan banyak berehat terutamanya di trimester pertama ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat Memey sehingga hari kelahiran nanti. Jutaan tahniah sekali lagi daripada Abang Nara kepada Memey dan Norman.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

133 Comments

  1. hamizan

    June 29, 2012 at 11:33 am

    ala kecoh nak bagitahu semua satu malaysia yang kau tu mengandung orang tak kisah kaulah

  2. pk pk

    June 28, 2012 at 4:22 pm

    kepada yg BELUM DPT ANAK, antara petua saya boleh bagi, cari tukang urut perempuan yang pakar dlm urutan rahim, kadang2 urat perempaun tersimpul di situ..dan juga cuba cari yg buat bekam, bekamkan kawasan rahim…kdg2 darah kotor berkumpul xkeluar habis.. insyaAllah dgn izin Allah… ini adlh berdasarkan pengalaman… :)

  3. meeradriana

    June 28, 2012 at 3:19 pm

    Hahahaha..
    Kipas mati neelofa carik aq..
    Nway congrate to both of you..
    Biarlah org mengata bahagia atas penderitaan org lain, janji dorg ada anak..
    Fasha dah..memey dah..norish karman dah..opsss…
    Tinggal waheeda n tokti..
    Come on datuk k, keep harder n deeper k.. :))

    • Anonymous

      June 29, 2012 at 8:36 am

      congrate atuk ko? anak vip ckp omputih pun x reti ke?? vip la sgt?? ptuih!! silap2 ko yg mandul nnt! bodoh punya tenuk!

  4. ellsyadisya

    June 28, 2012 at 3:16 pm

    try lah minum hari2 serbuk kurma.plus susu kambing insyallah ramai dah yg mencuba d brunei ramai juga yg berjaya

    tahniah to memey dan norman

  5. singgah sebentar

    June 28, 2012 at 3:03 pm

    as salam
    saya sekadar nak berkongsi
    saya pun hampir 1 tahun 9 bulan baru disahkan mengandung..Alhamdulillah akhirnya Allah mengabulkan permintaan..
    kepada yang tengah berusaha utk dpatkan zuriat,boleh cuba amalkan zikir Ya Allah,Ya Khaliq Ya Bari’ Ya Musawwir..baca sekerap mungkin setiap hari
    Dan amalkan baca Ya Allah Ya Zal Jalaali Wal Ikram dan hembus dalam air sebelum minum..
    InsyaAllah..Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..:)

    • NIELLA

      June 28, 2012 at 6:29 pm

      TERIMA KASIH (singgah sebentar) BERI PETUA…INSYA’ALLAH AKAN SAYA AMALKAN SEHARIAN……KITA HANYA MENCUBA ALLAH YG BERKUASA….
      SUDAH HAMPIR 10TAHUN SAYA MENANTI KEHADIRAN ZURIAT YG SELAMA INI SAYA NANTIKAN…..SEMOGA ALLAH MEMBERI KESEMPATAN BUAT SAYA MENJADI SEORANG IBU DAN MELENGKAPKAN SAYA SEBAGAI SEORANG WANITA.ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama