Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Mawar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

mawar rashid

Alhamdulillah, pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan anak keduanya pada jam 5.45 pagi semalam.

Berkongsi berita tersebut di laman Instagram rasminya, pelakon berusia 26 tahun itu turut mendedahkan nama bayi perempuan tersebut iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.

Advertisement

Menerusi entri itu, Mawar juga berkongsi bahawa dia dan bayinya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Bukan sahaja Mawar, malah suaminya pelakon Raf Yaakob turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram rasminya.

Advertisement

Baru sahaja dilahirkan, Raf turut mendedahkan akaun Instagram khas buat Raden Seri Rosabella Cinta bagi berkongsi memori selain untuk tatapan peminat.

Untuk pengetahuan semua, pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Raden Muhammad Rafael yang sudah pun berusia 2 tahun kini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top