November 9th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mawar Rashid yang kini sudah bergelar isteri kepada Raf Yakoob hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.20 petang tadi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bertemakan Jawa Tradisional.

Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Mawar dan Raf ketika ditemui pihak media meluahkan rasa syukur majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap orang ramai mendoakan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua. Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Mawar dan Raf. Semoga kekal bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : mStar Online, Ian Johan Ariff


Comments are closed.

Loading...