(TAHNIAH) Mat Dan Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Mat Dan Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Mendedahkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, personaliti televisyen Mat Dan yang juga seorang jejaka Inggeris tampil berkongsi foto anaknya di laman Instagram.

Advertisement

Beliau yang fasih berloghat Terengganu itu memaklumkan zuriat keduanya itu telah selamat dilahirkan pada Sabtu lalu.

Menerusi entri berkenaan, Mat Dan berkata anak lelakinya itu dan isteri kini stabil dan dibenarkan pulang ke kediaman mereka. Bagaimanapun, nama anak keduanya itu masih belum didedahkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dan syukur di atas berita gembira tersebut.

Malah pengikut Mat Dan atau nama Islamnya Karief Daniel Abdullah dilihat tidak terlepas mengucapkan tahniah di atas yang kurniaan tidak ternilai itu kepadanya.

Untuk rekod, Mat Dan telah memeluk Islam pada tahun 2013 sebelum berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...