August 2nd, 2020

Bukan sahaja gembira menyambut Aidiladha malah Mat Dan juga turut berkongsi kebahagiannya yang bakal menerima ahli keluarga baru tak lama lagi. Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh lelaki itu di laman Instagram miliknya.

Menurut entri tersebut, Mat Dan menyampaikan bahawa isterinya iaitu Nadifa Adnan kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.

View this post on Instagram

Salam Eidul Adha semua!!! Di sini jugak kite happy to share we’re expecting another new addition to our family!!!! Insya’Allah by the end of the year..doa yang baik-baik saje..?? Tahun ini plan raya dekat kampung tapi last minute tak jadi sebab @ovenchuppa terlalu banyak order!!!!

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Berita itu ternyata disambut baik oleh kesemua peminat dan mereka meluahkan rasa teruja untuk menantikan adik kepada Zayne Tyler yang kini sudah pun mencecah usia 2 tahun.

Menurut lelaki itu lagi, mereka akan menyambut kehadiran cahaya mata kedua itu pada hujung tahun nanti. Bahkan dia turut meminta orang ramai supaya mendoakan isterinya dan kandungan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Tahniah sekali lagi kepada Mat Dan dan Nadifa!


One response to “(TAHNIAH) Mat Dan Dedah Isteri Hamil Anak Kedua”

  1. Cikgu Bada says:

    Tahniah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...