(TAHNIAH) Mas Khan, Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Hiburan

(TAHNIAH) Mas Khan, Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Tahniah diucapkan buat pelakon Qi Razali dan juga Mas Khan yang dilaporkan sudah bergelar suami kepada wanita pilihan masing-masing hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan kedua-dua pelakon ini di media sosial dan dihujani komen-komen peminat serta rakan artis yang turut tumpang gembira atas pernikahan mereka.

Advertisement

Pelakon dan juga pengacara Qi Razali menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.

Mengenakan busana putih serba ringkas namun berseri, Qi kelihatan segak dan tenang ketika majlis akad nikah.

Manakala Mas Khan, yang segak mengenakan baju rona ‘peach’ bergelar suami kepada Anatasha Diana dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Mas khan kahwin

Mengadakan majlis perkahwinan di Gombak, Selangor, Anatasha menerima seutas gelang emas dan mas kahwin berjumlah RM1,497 selain hantaran RM20,000.

Difahamkan, majlis pihak lelaki akan berlangsung di Genting Highland pada 14 Jun nanti.

Tahniah diucapkan buat Mas Khan dan Qi Razali!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah menangis lihat ayden menyanyi
26 mins ago

Anak 'Cover' Lagu 'Lebih Indah Berpisah', Bella Astillah Tak Dapat Tahan Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...