Seorang demi seorang artis wanita Malaysia bakal menamatkan zaman gadis mereka. Selepas Lisa dan Scha, kini Liyana Jasmay sudah pun bergelar tunangan orang sebentar tadi. Majlis pertunangan antara Liyana Jasmay, 24 tahun dan Fathuddin Mazlan, 28 tahun telah pun berlangsung di rumah Liyana Jasmay di Kemensah Height, Kuala Lumpur.
Liyana Jasmay tampil anggun dalam baju rekaan Rizman Ruzaini yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat. Sementara itu pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake. Pasangan sama cantik sama padan ini telah bersetuju untuk bernikah pada 24 Januari 2013.
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Liyana Jasmay dan pasangan. Nantikan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan mereka berdua sebentar lagi.
Pengerusi persatuan Anonymous Euronymous bahagian Changkat Bukit Bintang tapi dah pindah ke bahagian selatan Kolbotn berhasrat ingin menjadi pengacara baru Jalan Jalan Cari Makan Yang Bajet True Educated Báthory Erzsébet
March 29, 2012 at 12:05 pm
dia mampu. kamu? mampu komplen, keje malas gaji tak naik2. ketawakan kamu.
Anonymous
March 29, 2012 at 12:26 pm
aku sokong abg 3 line!! hahahah..ketawakan merekaaa!!
Reena
March 29, 2012 at 11:42 am
Lain org, lain belanjawannya..dah jodoh kaya sama kaya..kang kalo tak kaya, cemana lak nak tanggung si nana ni..yg penting dia tak usha laki org pastu berlagak cam no 1 kaaann..
Akus
March 29, 2012 at 11:37 am
tahniah buat liyana jasmay & pasangn..
pandai cari cm ustaz idrus…(gurau jek!!)
hehehe
March 29, 2012 at 11:02 am
pd aku biase jer kalo org2 berada nie bj tunang 10k…kwn aku dl duk kat flat rumah murah kat cheras tu apa tah namanye…baju tunang pun 10k gak siap ambik nurul jd mak andam dia…lg mau riak kat kwn2 semua dia punya bj tunang n meak up pun dah bape…org kebanyakan kawin gan org kaya konon2 nak bt gah mcm org kaya…tgk kawin 3 thn dah cerai coz laki dia tak thn perangai bini dia mcm beruk kn belacan lbh2 dr org kaya…aku rs lj nie ok la kot kawin sama2 kaya…jd tak de mslah lar setkat 10k tu mcm 100 jer…pada aku lar kalo org kaya nie semua sederhana tp org yg tak kaya ckp membazir lar mhl lar…pd aku lar….mcm tu gak kalo org kaya pakai handbag jenama channel,lv,coach or micheal koars…org biasa2 ckp mhl membazir tp pd dia org tu semua arga2 biasa jer…tepuk poket tebal atau tidak…kalo dah kaya apa pun nampak murah kalo dah miskin benda murah pun jd mhl…tp yg bgsnya lj nie dgn org bujang tak rampas laki org or pakwe org…tu kira bgs la tu…apa2 pun selamat dlam alam darah manis…
miss BB
March 29, 2012 at 10:12 am
muka tunang nye mcm Ustad Azhar Idrus pon ada . :)