August 20th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada aktres Liyana Jasmay kerana telah hamil anak kedua beliau selama 4 bulan. Jelas Liyana, kandungan beliau kali ini lebih baik daripada yang pertama dan beliau masih lagi mempunyai tenaga untuk menghadiri pelbagai majlis.

Mengandung kali ini ada kelainan kerana ia lebih baik,walaupun masih di peringkat awal, saya boleh menghadiri pelbagai majlis. Jika sebelum ini iaitu kandungan yang pertama, saya sedikit terbatas untuk hadir beberapa majlis yang diadakan.

Ia disebabkan, itu kali pertama saya mengandung dan belum biasa dengan perubahan itu. Morning sicknes tu memang ada pada awal kandungan, tetapi tidak berapa teruk kerana saya sudah tahu untuk melaluinya.

Demi mengekalkan kesihatan yang baik buat beliau dan kandungnya, Liyana kini mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan mengikut segala arahan doktor dengan baik.

Saya mengambil makanan seimbang dan sihat serta banyak makan sayur. Selain itu, saya kurangkan makanan segera buat masa ini walaupun itu kesukaan saya.

Bakal bergelar kakak tidak lama lagi, anak pertama Liyana iaitu Sofia Arissa yang berusia 15 bulan kini tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat ini.

Pada kebiasaannya wanita yang mengandung buat kali pertama pasti akan merasa sedikit kesusahan kerana tidak biasa dengan perubahan yang berlaku, tetapi bila sudah mengandung buat kali kedua dan seterusnya secara automatik mereka boleh sesuaikan diri dengan kandungan dan sudah tahu apa pantang larangnya. Semoga Liyana Jasmay dan kandungannya itu senantiasa sihat.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...