Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Linda Rafar Dan Syed Aiman Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman atas kelahiran anak lelaki ketiga mereka tengah hari tadi.

Advertisement

Linda selamat melahirkan cahaya mata baharu mereka di Hospital Gleneagles, Ampang pada jam 2.05 petang menerusi kaedah pembedahan dengan berat 2.85 kilogram.

Syed Aiman melalui portal BH ONLINE merasa bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami berada di hospital sejak 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda dimasukkan ke dewan pembedahan. Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin.

Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda.

Advertisement

Linda Rafar dan Syed Aiman sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini dapat mengeratkan lagi hubungan Linda Rafar dan Syed Aiman serta keluarga mereka dilimpahi dengan kebahagiaan. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top