February 26th, 2018

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn yang sudah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Berita gembira itu diumumkan oleh Linda sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto anaknya yang sangat comel sedang tidur lena.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Linda dan pada masa yang sama tertanya jantina anaknya itu.

Memang comel anak Linda, harapnya beliau sudi berkongsi jantina dan nama anaknya tidak lama lagi. Semoga Linda dan suaminya dilimpahi kebahagiaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.


8 responses to “(TAHNIAH) Linda Onn Selamat Bersalin Cahaya Mata Pertama”

  1. anon says:

    pasangan sorang hensem sngt and sorang plain jane. Ruginya baby dia mcm muka mak dia, kalau mcm muka ayahnya mesti lawa..

  2. thuglife says:

    kalo baca caption kat ig katanya LO junior.. baby girl la kot.

Loading...