Alhamdulillah. Berita yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri akhirnya tiba jua buat Apek dan Leuniey. Berkata kepada Media Hiburan, Leuniey mengesahkan yang dirinya kini hamil 6 minggu. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua atas berita gembira ini.
Yang menariknya, Apek turut sama mengalami “morning sickness” sepanjang kehamilan Leuniey. Orang tua-tua kata, kalau suami pun muntah-muntah, itu maknanya dia sayang sangat kepada isterinya. Kata Leuniey:-
Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya
Semoga Leuniey akan sentiasa menjaga kesihatan diri dan kandungan sepanjang kehamilan ini. Tahniah sekali lagi buat Apek dan Leuniey. Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.
P.S: Pelangibonda Busana Muslimah kini mengeluarkan koleksi telekung exclusive terbaru yang berkualiti tinggi. Diperbuat daripada kain France Chantilly Silk yang import khas untuk anda semua sempena menyambut kedatangan Ramadhan/Syawal tahun ini. Turut sesuai yang plan nak kahwin boleh buat hantaran! *ehem* . Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.