Pelakon Jehan Miskin mengumumkan bahawa dia dan isteri kini sedang tidak sabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata pertama setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Jehan Miskin,41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah,36, berkata mereka berdua kini teruja untuk bergelar ibu bapa kepada buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Jehan, dia dan isteri pada awalnya tidak terfikir untuk menimang cahaya mata sebelum Julie menzahirkan hasrat untuk menjadi ibu pada tahun lalu.
Tambah pelakon filem Qaisy dan Laila itu lagi, mereka berdua tidak terlalu memaksa diri untuk mempunyai anak kerana merasakan bahagia berdua.
View this post on Instagram
“Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia. Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan bertapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak pada tahun lalu. Alhamdullilah, dia terus hamil pada minggu yang sama.”
Menjangkakan bahawa usaha untuk mempunyai ahli keluarga baru itu berlangsung selama beberapa tahun, Jehan mengakui dirinya terkejut kerana rezeki untuk menimang cahaya mata berlaku dengan sangat pantas.
View this post on Instagram
Memikirkan usia sudahpun semakin lanjut, Jehan dan isteri berasa sangat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dan kini merasakan sudah cukup bersedia setelah lapan tahun hidup berdua.
Sekadar info, Jehan dan isteri telah mendirikan rumah tangga sekitar tahun Mei 2013 yang lalu