(TAHNIAH) Lakar Sejarah, Nama Siti Nurhaliza Bakal Terpahat Di ‘Walk Of Fame’

Hiburan

(TAHNIAH) Lakar Sejarah, Nama Siti Nurhaliza Bakal Terpahat Di ‘Walk Of Fame’

Sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019, Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor dunia.

Advertisement

Menurut laporan Oh My Media yang memetik sumber asal daripada Aussie Theatre, pengiktirafan berkenaan diberikan khas kepada mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak tahun 1973.

Bagaimanapun, seakan mencuri tumpuan kini adalah, nama penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.

Bahkan ia merupakan sejarah pertama yang pernah dilakar dalam industri muzik tanah air.

Untuk rekod, Siti sebelum ini pernah mengadakan persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu.

Menjengah ke laman Instagramnya, Siti juga dilihat tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dicurahkan kepadanya sepanjang bergelar anak seni.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”

Sekadar informasi, sepanjang kariernya bergelar penyanyi, Siti telah meraih hampir 300 anugerah di dalam dan luar negara sekali gus menjadi beliau antara individu yang amat disegani sehingga kini.

Sumber: Aussie Theatre, Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...