Amir Jahari berjaya merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) menerusi lagu Hasrat yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam ini.
Susulan pengumuman tersebut, Amir berjaya membawa pulang trofi kemenangan sebagai juara dan wang tunai sebanyak RM100,000.
Naib juara pula berjaya menjadi milik lagu nyanyian Sutera dan Aisha Retno membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM50,000.
Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul pula menduduki tempat ketiga, dimana ia merupakan lagu ciptaannya dan lirik juga dibuat oleh Aina.
Kemenangan tersebut membuatkan penyanyi berkenaan berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.