(TAHNIAH) Kongsi Tarikh Lahir, Alif Satar Timang Cahaya Mata Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH) Kongsi Tarikh Lahir, Alif Satar Timang Cahaya Mata Lelaki

Ulang tahun kelahiran selebriti popular, Alif Satar yang ke 29 tahun semalam memang cukup bermakna sekali apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dengan berat 3.54 kilogram pada jam 11.21 malam.

alif satar baby boy

Advertisement

Alif berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram dengan melahirkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan yang diberikan kepadanya.

alif satar timang cahaya mata lelaki

Menerusi Instagram Shadila pula, dia telah memuat naik foto momen Alif menggendong bayi mereka dan sempat juga menulis bait-bait indah buat suami tercinta.

alif satarAlif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Tahniah kami ucapkan kepada Alif dan isteri. Semoga dengan kehadiran anak ini akan menceriakan dan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Tidak sabar untuk melihat wajah ‘baby boy’ mereka, agak-agaknya ikut muka siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...