Ulang tahun kelahiran selebriti popular, Alif Satar yang ke 29 tahun semalam memang cukup bermakna sekali apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dengan berat 3.54 kilogram pada jam 11.21 malam.
Alif berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram dengan melahirkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan yang diberikan kepadanya.
Menerusi Instagram Shadila pula, dia telah memuat naik foto momen Alif menggendong bayi mereka dan sempat juga menulis bait-bait indah buat suami tercinta.
Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Tahniah kami ucapkan kepada Alif dan isteri. Semoga dengan kehadiran anak ini akan menceriakan dan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Tidak sabar untuk melihat wajah ‘baby boy’ mereka, agak-agaknya ikut muka siapa?

Anonymous
September 20, 2019 at 3:13 pm
congratulations to aliff satar… aliff yg ni bertanggungjawab pd isteri… aliff yg lain errm haukkkk
Naddd
September 20, 2019 at 2:31 pm
awww, so sweet… Alif is a great guy, ur lucky to have him as a husband and father to your children. may ur whole family be happy always.
vidalaknat
September 20, 2019 at 2:05 pm
Banyak sangat anak, not good for the earth, resources are finite.
lol
September 20, 2019 at 12:23 pm
Tahniah, Alif Aziz!
Anonymous
September 20, 2019 at 11:23 am
cukuplah 3.