Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Kini Bergelar Isteri, Haliza Misbun Pilih Jejaka British

Pelakon Haliza Misbun dilaporkan kini sudah bergelar isteri kepada seorang jejaka British, Matthew John Rodgers,48, pada jam 5.25 petang tadi, menurut sebuah laporan portal berita.

Haliza MisbunSumber : Google  

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi dan difahamkan Haliza telah memilih duda anak satu itu sebagai suami.

Advertisement

Dia yang ditemui media turut menjawab segala persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat iaitu teka-teki mengenai statusnya sudah bergelar isteri orang.

 

“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada yang juga menyangka saya sudah berkahwin. Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, Insya-Allah..”

Matthew yang merupakan perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu khabarnya telah menjalinkan hubungan dengan Haliza seja empat tahun yang lalu.

Haliza Misbun dan suamiSumber : Berita Harian  

Upacara akad nikah Haliza dan suami berlangsung secara sederhana dengan pematuhan SOP ketat di mana hanya 50 orang tetamu sahaja yang hadir dalam majlis tersebut.

Advertisement

Pada majlis ringkas tapi bermakna itu, Haliza telah menerima mas kahwin bernilai RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai tanda untuk membina keluarga yang baru.

Manakala Haliza membalas dengan lima dulang hantaran berbalas tiga.

Haliza MisbunSumber : Google  

Dia juga dilihat telah berkongsikan detik indah itu secara langsung menerusi laman Facebook untuk tatapan peminat, kenalan rapat dan keluarga di Malaysia dan juga England.

Tahniah diucapkan buat Haliza Misbun dan suami!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nani

    April 11, 2021 at 2:35 pm

    Hidup ini gambling. Ada org cepat jodohnya. Ada orang laaaaaaambat saaaaangat jodohnya. Mandi bunga pun tak jalan. Hakikatnya kalau dah
    “masa” memang jodoh datang bergolek. Cuma “masa” itulah sebuah penderitaan/penantian yg besar. Tahniah kak haliza.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama