(TAHNIAH) Khairul Fahmi& Leuniey Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Khairul Fahmi& Leuniey Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pemain bolasepak The Red Warrior, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex dan juga isterinya Leuniey Natasha bakal menimang  cahaya mata kedua. Berita tersebut disampaikan oleh Apex sendiri menerusi laman Instagram miliknya dan difahmkan kandungan isterinya itu masih lagi berada di peringkat awal iaitu sekitar 3 bulan.

Menurut Apex juga, Leuniey mengalami alahan yang teruk untuk kandungan kali ini. Turut menyokong lagi berita ini adalah apabila beliau juga menyertakan beberapa hashtag antaranya #kayladapatadik.

Advertisement

Tahniah kami ucapkan buat Khairul Fahmi dan Leuniey, dengan bertambahnya ahli keluarga anda pastinya ia akan membuatkan rumah tangga anda lebih bahagia dan dilimpahi kasih sayang. Semoga bayi dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Sumber Berita: Instagram Apex

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...