Pemain bolasepak The Red Warrior, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex dan juga isterinya Leuniey Natasha bakal menimang cahaya mata kedua. Berita tersebut disampaikan oleh Apex sendiri menerusi laman Instagram miliknya dan difahmkan kandungan isterinya itu masih lagi berada di peringkat awal iaitu sekitar 3 bulan.
Menurut Apex juga, Leuniey mengalami alahan yang teruk untuk kandungan kali ini. Turut menyokong lagi berita ini adalah apabila beliau juga menyertakan beberapa hashtag antaranya #kayladapatadik.
Tahniah kami ucapkan buat Khairul Fahmi dan Leuniey, dengan bertambahnya ahli keluarga anda pastinya ia akan membuatkan rumah tangga anda lebih bahagia dan dilimpahi kasih sayang. Semoga bayi dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat.