Tahniah kami ucapkan kepada penjaga gol pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat selepas isterinya Leuniey Natasha selamat bersalin anak kedua mereka semalam.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Khairul Fahmi dan isterinya melalui akaun Instagram masing-masing.
Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH .terima kasih semua untuk doa2 AMEEN
Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012. Sebelum ini mereka sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.